Dari Proses Manual ke Pematuhan Automatik: Menyelesaikan 5 Cabaran Utama Pelaksanaan E-Invois di Malaysia
- 13 Feb
- 3 min membaca
Updated: 4 Mac

Seiring dengan pelaksanaan e-Invois secara mandatori oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di seluruh Malaysia, syarikat kini menghadapi cabaran besar untuk menukar proses manual kepada sistem. Walaupun pelaksanakan e-Invois menawarkan manfaat yang signifikan — termasuk meningkatkan ketepatan data serta mempermudahkan proses pelaporan cukai, tetapi ramai syarikat masih menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tempoh pertukaran ini.
5 Cabaran Utama Pelaksanaan e-Invois di Malaysia
⚠️ Cabaran 1: Kesilapan Kemasukan Data Secara Manual
Pengisian maklumat terperinci yang ditetapkan oleh LHDN secara manual boleh menimbulkan kesan berikut:
Proses kerja menjadi lebih kompleks dan memakan masa
Meningkatkan kadar kesilapan
Meningkatkan risiko penolakan semasa proses penghantaran e-Invois
Bagaimana SQL EBI POS Membantu: Pengumpulan Data Secara Automatik
SQL EBI POS menyediakan fungsi auto-fill.
Melalui ciri ini:
Maklumat yang telah dihantar semasa penghantaran kali pertama akan disimpan secara sistematik dalam pangkalan data.
Medan yang diperlukan boleh diisi secara automatik dengan satu klik.
Fungsi ini bukan sahaja mengurangkan beban kerja kakitangan, malah meningkatkan ketepatan data dan mempertingkatkan kadar kejayaan penghantaran e-Invois.
⚠️ Cabaran 2: Pematuhan Garis Panduan yang Kompleks
Banyak syarikat menghadapi kesukaran untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN kerana garis panduan sentiasa dikemas kini. Selain itu, proses memuat naik sekelompok invois secara manual ke Portal MyInvois boleh menjadi satu beban.
Bagaimana SQL EBI POS Membantu: Kesediaan Fungsi e-Invois
SQL EBI POS dilengkapi dengan modul e-Invois yang selaras dengan standard yang ditetapkan oleh LHDN, serta membolehkan pengeluaran / penjanaan dan penghantaran e-Invois secara langsung. Fungsi ini memudahkan proses penghantaran e-Invois anda dengan lebih efisien dan lancar.
⚠️ Cabaran 3: Kekurangan Ketelusan Status Penghantaran e-Invois
Selepas penghantaran e-Invois ke platform MyInvois, banyak syarikat tidak menerima mesej pengesahan dengan segera. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengesahkan sama ada e-Invois telah diluluskan atau ditolak.
Bagaimana SQL EBI POS Membantu: Fungsi Status Pengesahan Masa Sebenar
Dengan status pengesahan e-Invois secara masa sebenar, termasuk penunjuk seperti ( Sah, Tidak Sah, dan sebagainya), syarikat anda dapat mengesan keputusan pengesahan dengan segera tanpa sebarang andaian. Fungsi ini membolehkan syarikat mengambil tindakan terhadap penghantaran e-Invois yang ditolak tanpa kelewatan.
⚠️ Cabaran 4: Pengurusan Rentasan Cawangan yang Rumit
Bagi syarikat yang mempunyai pelbagai cawangan, proses memusatkan dan menyelaraskan data invois untuk tujuan penghantaran e-Invois memerlukan banyak masa.
Bagaimana SQL EBI POS Membantu: Pengurusan Pelbagai Cawangan Secara Berpusat
SQL EBI POS menawarkan penyelesaian pengurusan berpusat yang membolehkan semua data transaksi dan invois daripada setiap cawangan disatukan dalam satu sistem yang bersepadu melalui penyegerakan awan (cloud synchronization). Pendekatan ini menukar proses manual yang kompleks kepada aliran kerja automatik yang lebih sistematik. Selain itu, setiap cawangan boleh mempunyai kod QR e-Invois untuk memilih sama ada penghantaran berpusat secara konsolidasi atau penghantaran secara berasingan, sekali gus merealisasikan mekanisme kawalan yang lebih cekap dan mencepatkan operasi syarikat anda.
⚠️ Cabaran 5: Sistem Lama / Legasi dan Integrasi yang Terhad
Sebahagian syarikat masih menggunakan sistem lama yang tidak mampu menyokong keperluan pematuhan moden dan transformasi digital. Keadaan ini menyebabkan syarikat menghadapi kekangan untuk melaksanakan e-Invois, malah ada yang langsung tidak mempunyai keupayaan untuk menjana atau mengurus e-Invois mengikut spesifikasi semasa di Malaysia.
Bagaimana SQL EBI POS Membantu: Integrasi Sistem yang Lancar
SQL EBI POS berintegrasi dengan SQL Accounting Software dan menyokong fungsi e-Invois. Selain itu, ia juga berintegrasi dengan platform e-dagang dan gerbang pembayaran. Dengan integrasi sistem bersepadu ini, dapat membolehkan pengurusan menyeluruh daripada bahagian hadapan (front-end) hingga ke bahagian belakang (back-end). Melalui integrasi sistem yang menyeluruh, SQL EBI POS dapat mencepatkan operasi syarikat anda, serta memastikan kesiapsiagaan e-Invois pada setiap masa.
Akhirnya, pertukaran daripada proses manual kepada pematuhan automatik bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pematuhan, ia merupakan satu langkah strategik ke arah pendigitalan pengurusan perniagaan.
SQL EBI POS merupakan sistem pematuhan e-Invois yang besepadu dan komprehensif, direka untuk membantu syarikat di Malaysia dapat merealisasikan transformasi digital yang lebih cekap, stabil dan mampan.
WhatsApp untuk dapatkan demo video - https://wa.me/message/UB23IU2KKWRVK1


